warong: parlimen tanpa keputusan.

 

warung itu diertikan sebagai salah satu perusahaan ringkas dalam keadaan yang sangat minimal.  berbeza dengan restoran,cafe dan sebagainya. yang kebiasaannya mempunyai identiti dari segi dekorasi, peralatan,konsep,makanan atau lain-lain. sedap atau tidak itu menjadi hal yang sangat subjektif pada setiap individu.

aku juga boleh jadi boleh ke warung,atau ke cafe, atau restoran atau apa sahaja. aku tidak mempunyai ‘rules’ yang perlu dijaga. ada masa aku ke cafe ada masa aku ke warong. Dan jika senang aku akan berinstagram ‘sekeping’. 

berbagai gelagat kau akan lihat jika kau melihat. di warung yang biasa aku kunjungi dimana keadaan kerusi dan meja dalam ruangan yang minimal kami ,pelanggan akan berkongsi meja dan kerusi dalam jarak yang dekat. kadang-kadang bertegur sapa dan berbual hal semasa seperti sudah biasa berbicara dengan mereka sebelum ini. 

disini kau akan mendengar falsafah rakyat bawahan yang boleh jadi masuk akal dan tak masuk akal. aku lebih banyak mendengar dari mencelah, mengiakan, senyum, sengih dan gelak jika lawak yang dibuat oleh mereka tak kira hambar atau sebaliknya. Itu hanya sebagai tanda aku berinteraksi dan menghormati. 

warung yang aku kunjungi ini hampir dengan pasar. jadi kebanyakkan pelanggan yang selalu singgah di warung ini adalah makcik-makcik,pesara, pekerja syif malam,’ foreigner’ dan peniaga. jadi berbagai cerita yang aku dengar. walaupun mereka tidak berbual dengan aku tapi aku jelas mendengarnya. ini semua kerana ruang yang sangat minimal. aku tak perlu tanya aku hanya mendengarnya sahaja. segala persoalan dan jawapan dari setiap bualan mereka akan dijawab oleh mereka sendiri. kadang-kadang aku dengar kalau aku ada mood. kadang-kadang aku buat tak tahu sambil menikmati makanan, sambil melihat smartphone.

kalau group pekerja syif malam mereka akan berbual tentang situasi kerja yang luar dari kerja. Mereka takkan cerita hal untuk improve kerja.seperti supervisor gatal yang dah punya isteri tapi cuba try anak buah dalam linenya. di warong inilah mereka akan menceritakan segalanya, lalu aku membuat kesimpulan daripada apa yang aku dengar dan apa yang mereka bualkan ini

: merancang solusi kes yang dibincangkan 10%,  mengumpat/mengeji  80% dan hal-hal lain yang berkaitan 10%. mereka ini adalah perempuan yang belum berkahwin. dari cerita yang mereka ceritakan hal supervisor gatal ini dah lama dekat 6 bulan tapi itulah solusinya hanya 10%. haha aku diam dan hirup kopi hitam.sambil cuba menyemai buah fikiran.

ada juga pelanggan warung ini berceritakan perihal cukai yang melanda negara ini sekarang.seorang makcik peniaga nasi lemak. Dia berhujah perihal gst. Dia mengatakan sebenarnya gst kita(peniaga kecil) yang tanggung! Makcik itu meneruskan lagi hujahnya.” ada pelanggan minta sambal lebih dari yang ditetapkan dalam takaran. ikutkan nak bagi harga lain tapi bila mengingatkan pelanggan akan berkata balik; alah sambal pun berkira ka? padahal pelanggan tidak tahu dalam tambahan sambal itu terkandung segala barang yang sudah digstkan tapi tidak boleh dituntut  seperti syarikat-syarikat besar yang lain. didalam sambal itu terkandung bawang, cili,minyak masak, gula, penambah perisa, ikan bilis dan sebagainya.” tapi makcik itu sedar dalam pung-pang pung-pang dia, keadaan tetap tidak boleh diubah pun(pasrah,redha,syukur dalam paksa nanti dimurka tuhan). “Tak bagi lebih karang mereka boikot aku”. Makcik itu berkata lagi .dalam masa sama makcik itu berkempen. aku buat-buat makan. lalu aku pun terfikir alangkah bagus kalau para wakil rakyat sarapan atau makan diwarung ‘setiap hari’. barulah suara rakyat ini didengari terus. dan pasti DUN atau parlimen yang sedang dipegangnya itu akan kekal dipegang sampai bila-bila pun. 

Tapi takpa nanti ada brim,sabaq na.

kadang-kadang ada juga waktu warung sunyi. tiada orang. hanya aku sahaja. hanya lagu diradio berkumandang. radio yang diputar pula ialah radio klasik nasional. layan juga. kopi dan lagu sesuai menjadi terapi dalam sesuatu keadaan. Boleh lupa segala kemarahan. waktu itu DJ memutarkan lagu ; hidup bukan untuk derita dendangan Ahmad jais.semangat aku mula bertambah pagi itu. sekian.

Leave a comment